CARA PENJAGAAN IKAN LAGA
- Pastikan tempat tinggal yang sesuai untuk Ikan Laga. Saiz balang atau akuarium mestilah sekurang-kurangnya berukuran 15cm panjang, 8cm lebar dan 10cm tinggi. Ini adalah untuk Ikan Laga anda berenang bebas.
Harga Bekas Ini Dalam RM17-RM20 - Air yang sesuai untuk digunakan adalah air yang bebas daripada klorin. Anda boleh menggunakan Anti-Klorin untuk menyahkan klorin didalam air.
- Makanan yang sesuai untuk Ikan Laga adalah sama dalam bentuk pellet atau serbuk. Biasanya Ikan Laga akan makan makanan yang muat dengan mulutnya. Namun begitu, terdapat Ikan Laga yang agak cerewet atau memilih makanan. Jika berlaku seperti ini, anda boleh mencuba produk yang lain untuk ikan anda.
Dari segi pemberian makanan, anda tidak perlu memberikan jumlah makanan yang berlebihan kerana ikan jenis akan terus menerus makan jika anda memberikan makanan. Jumlah yang sesuai dalam pemberian makanan cukuplah sekadar 6-8 pellet dan jika terdapat makanan yang tidak dimakan keluarkan daripada akuarium. - Pastikan anda membersihkan bekas tempat tinggal Ikan Laga dalam sekali seminggu. Bersihkannya dengan air suam dan jangan sekali-kali menggunakan sabun kerana ditakuti akan menjejaskan kesihatan ikan anda.