Monday, 15 July 2013

IKAN GUPPY


Ikan Guppy merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar. Ikan jenis ini mudah dipelihara kerana mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jantina ikan ini boleh dibezakan dari segi ukuran, bentuk dan warnanya.

Gambar Ikan Guppy Jantan Dan Betina

Kebiasaannya ikan guppy jantan kelihatan lebih menarik daripada ikan guppy betina. Ikan guppy jantan mempunyai warna yang hampir menutupi seluruh badannya dan mempunyai betuk ekor yang panjang bewarna menarik seperti merah, hijau, kuning, biru dan sebagainya. Manakala ikan guppy betina pula mempunyai ekor yang pendek dan tidak lebar, bewarna-warni hanya pada ekornya, mempunyai perut yang lebih buncit dan warna badannya agak pudar serta kurang menarik.

Dari segi saiz ukurannya pula, ikan guppy jantan dewasa di antara 2-3cm, manakala ikan guppy betina di antara 4-6cm.

PEMBIAKAN IKAN GUPPY

Untuk pembiakan, umur guppy dewasa mestilah mencapai 1-2 bulan. Iamya akan membiak dengan secara melahirkan anak-anaknya melalui pengeraman telur di dalam perutnya.

Tempoh kehamilan ikan guppy betina bergantung kepada suhu air iaitu diantara 21 hingga 30 hari. Ikan guppy yang hamil akan mempunyai perut yang besar dan tompok bewarna hitam pada perutnya.

 Guppy Betina (Hamil)

Berikut cara untuk membiakkan ikan guppy :
  1. Sediakan ikan guppy yang telah cukup dewasa. Jumlahnya seekor ikan guppy betina dan 2-4 ekor guppy jantan.
  2. Tempatkan ikan guppy tersebut di dalam bekas yang berukuran lebih kurang 30cm x 30cm x 30cm.
  3. Setelah ikan guppy hamil alihkannya ke bekas pembiakan. Kehamilan ikan guppy ini boleh dipastikan dengan kewujudan tanda-tanda hitam diperutnya.
  4. Asingkan induk betina guppy setelah melahirkan anak.
  5. Berikan anak-anak guppy jentik-jentik atau baja halus.
 Bekas Pembiakan (RM6-RM9)

Antara jenis-jenis Ikan Guppy :