Monday, 22 July 2013
IKAN AROWANA
Ikan Arowana merupakan salah satu ikan hiasan air tawar yang mempunyai nilai yang tinggi. Ikan jenis ini memiliki badan yang panjang dan sirip dubur terletak jauh di belakang badan.
IKAN ANGELFISH
Ikan Angelfish atau juga dikenali sebagai Manfish merupakan ikan yang berdaya tahan lama jika dijaga dengan betul. Terdapat pelbagai jenis Angelfish dan ianya dikatakan berasal daripada Perairan Amazon, Amerika Selatan. Ikan ini dikategorikan dalam golongan Protogynous Hermaphrodites iaitu pada awal kehidupannya ia berstatus ikan betina dan berubah menjadi ikan jantan apabila mencapai ukuran tertentu.
Antara Jenis Angelfish
IKAN PLATY
Berikut cara membezakan ikan platy jantan dan betina :
Berikut diantara jenis-jenis ikan platy :
Wednesday, 17 July 2013
IKAN PLATY
Ikan Platy (Xiphophorus Maculatus) merupakan ikan yang sangat mudah dipelihara dan dikembangbiak. Biasanya jenis ikan platy diambil sempena warna dan corak pada tubuhnya. Ukuran ikan ini boleh mencapai 5cm dan jangka hidupnya diantara 2-3 tahun.
Berikut cara membezakan ikan platy jantan dan betina :
Berikut diantara jenis-jenis ikan platy :
Berikut cara membezakan ikan platy jantan dan betina :
Berikut diantara jenis-jenis ikan platy :
Monday, 15 July 2013
IKAN GUPPY
Ikan Guppy merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar. Ikan jenis ini mudah dipelihara kerana mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jantina ikan ini boleh dibezakan dari segi ukuran, bentuk dan warnanya.
Gambar Ikan Guppy Jantan Dan Betina
Kebiasaannya ikan guppy jantan kelihatan lebih menarik daripada ikan guppy betina. Ikan guppy jantan mempunyai warna yang hampir menutupi seluruh badannya dan mempunyai betuk ekor yang panjang bewarna menarik seperti merah, hijau, kuning, biru dan sebagainya. Manakala ikan guppy betina pula mempunyai ekor yang pendek dan tidak lebar, bewarna-warni hanya pada ekornya, mempunyai perut yang lebih buncit dan warna badannya agak pudar serta kurang menarik.
Dari segi saiz ukurannya pula, ikan guppy jantan dewasa di antara 2-3cm, manakala ikan guppy betina di antara 4-6cm.
PEMBIAKAN IKAN GUPPY
Untuk pembiakan, umur guppy dewasa mestilah mencapai 1-2 bulan. Iamya akan membiak dengan secara melahirkan anak-anaknya melalui pengeraman telur di dalam perutnya.
Tempoh kehamilan ikan guppy betina bergantung kepada suhu air iaitu diantara 21 hingga 30 hari. Ikan guppy yang hamil akan mempunyai perut yang besar dan tompok bewarna hitam pada perutnya.
Guppy Betina (Hamil)
Berikut cara untuk membiakkan ikan guppy :
- Sediakan ikan guppy yang telah cukup dewasa. Jumlahnya seekor ikan guppy betina dan 2-4 ekor guppy jantan.
- Tempatkan ikan guppy tersebut di dalam bekas yang berukuran lebih kurang 30cm x 30cm x 30cm.
- Setelah ikan guppy hamil alihkannya ke bekas pembiakan. Kehamilan ikan guppy ini boleh dipastikan dengan kewujudan tanda-tanda hitam diperutnya.
- Asingkan induk betina guppy setelah melahirkan anak.
- Berikan anak-anak guppy jentik-jentik atau baja halus.
Bekas Pembiakan (RM6-RM9)
Antara jenis-jenis Ikan Guppy :
Sunday, 7 July 2013
IKAN LAGA
CARA PENJAGAAN IKAN LAGA
- Pastikan tempat tinggal yang sesuai untuk Ikan Laga. Saiz balang atau akuarium mestilah sekurang-kurangnya berukuran 15cm panjang, 8cm lebar dan 10cm tinggi. Ini adalah untuk Ikan Laga anda berenang bebas.
Harga Bekas Ini Dalam RM17-RM20 - Air yang sesuai untuk digunakan adalah air yang bebas daripada klorin. Anda boleh menggunakan Anti-Klorin untuk menyahkan klorin didalam air.
- Makanan yang sesuai untuk Ikan Laga adalah sama dalam bentuk pellet atau serbuk. Biasanya Ikan Laga akan makan makanan yang muat dengan mulutnya. Namun begitu, terdapat Ikan Laga yang agak cerewet atau memilih makanan. Jika berlaku seperti ini, anda boleh mencuba produk yang lain untuk ikan anda.
Dari segi pemberian makanan, anda tidak perlu memberikan jumlah makanan yang berlebihan kerana ikan jenis akan terus menerus makan jika anda memberikan makanan. Jumlah yang sesuai dalam pemberian makanan cukuplah sekadar 6-8 pellet dan jika terdapat makanan yang tidak dimakan keluarkan daripada akuarium. - Pastikan anda membersihkan bekas tempat tinggal Ikan Laga dalam sekali seminggu. Bersihkannya dengan air suam dan jangan sekali-kali menggunakan sabun kerana ditakuti akan menjejaskan kesihatan ikan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)